Sabtu, 5 Januari 2013

BIRO KEBAJIKAN MASYARAKAT SURAU RAHMANIAH


1.   PENDAHULUAN.
Biro Kebajikan Masyarakat Surau Rahmaniah (BIRO) telah ditubuhkan pada 25 Novenber 2012 dalam masyarakat yang telah dilangsungkan pada jam 7.30 malam di Surau Rahmaniah Jalan Trolak selepas solat magrib.
      
        Mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh seramai 36 orang ahli telah membincangkan mengenai masaalah yang dihadapi oleh Syarikat Kenduri Surau Rahmaniah di mana peralatan-peralatan yang dimiliki telah terlalu usang dan tidak dapat digunakan lagi.
       
       Oleh yang demikian,mesyuarat yang telah dilangsungkan telah bersetuju untuk menghidupkan kembali Syarikat tersebut dengan memberi nafas baharu yang diharap dapat menyuburkan kembali semangat kerjasama dan bergotong-royong yang telah sekian lama diamalkan oleh masyarakat peneroka atau generasi pertama Felda sejak mula memasuki tanah rancangan tanpa mengenepikan sama sekali jasa dan jerit-perih yang telah disumbangkan oleh mereka sebelum ini.

       Senarai Jawatankuasa yang baharu telah dilantik dan badan ini telah dinamakan sebagai Biro Kebajikan Masyarakat Surau Rahmaniah serta perasmiannya telah diadakan pada 23 Disember 2012 oleh Yang Berhormat Datuk Khusairi Bin Abd.Talib,Ahli Dewan Undangan Negeri Slim River, yang amat berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh Khariah Surau Rahmaniah Jalan Trolak untuk menghidupkan kembali ikatan semangat kemasyarakatan yang kukuh.

       Yang Berhormat Datuk Khusairi juga telah berbesar hati membaikpulih stor surau dengan kos sebanyak RM 10,000.00, menyumbangkan 2 buah khemah lengkap dengan kerusi dan meja.Beliau juga telah berjanji akan memberikan kerjasama membantu membangunkan dan memantau perkembangan Biro ini.

       Biro ini juga telah mendapat sokongan dari Yang Berhormat Ahli Parlimen Tanjung Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan yang telah menyumbangkan sebanyak RM 5,000.00 kepada Biro untuk menjalankan aktivi.


2.    Syarikat Kenduri Surau Rahmaniah ini telah diwujudkan pada tahun 1983 oleh Peneroka
- peneroka Felda Trolak Selatan di sekitar kawasan khariah Surau Rahmaniah dengan modal sebanyak RM 8,000 (Ringggit Malaysia; seratus) bagi setiap ahli.

       Pada hari ini,setelah hampir 30 tahun berlalu, peralatan - peralatan tersebut telah rosak dan kebanyakkan tidak dapat digunakan  langsung. perkara sebegini telah menyebabkan kebanyakan masyarakat di sini telah menggunakan alternatif lain dan terpaksa membelanjakan kos yang tinggi bagi mengendalikan majlis kenduri - kendara. Ianya telah mmenyebabkan semakin berkurangan semangat kerjasama dan bergotong - royong yang selama ini menjadi teras kepada keharmonian serta kesepakatan yang telah dipupuk sejak sekian lama oleh masyarakat di Sini.

       KINI.. Syarikat Kenduri Surau Rahmaniah ini telah dinamakan semula sebagai BIRO EBAJIKAN  MASYARAKAT SURAU RAHMANIAH dengan skop yang luas  dan tidak  hanya terlibat dalam aktiviti kenduri - kendara sahaja. Generasi  Pertama iaitu Peneroka - peneroka, ingin GENERASI KEDUA mewarisi sikap dan semangat ini dan berharap ianya akan kekal untuk selama - lamanya dalam masyakat kita.


3.    Tujuan.

Budaya gotong - royong yang sejak sekian lama telah diamalkan oleh nenek moyang semakin dipinggirkan berikutan peredaran danperalihan zaman di mana dapat disaksikan pada masa kebelakangan ini semakin terhakir di zaman yang serba komplek ini.

       Sikap individu di dalam masyarakat yang semakin  suka melakukan perkara secara bersendirian adalah punca utama yang memecahkan silaturrahim yang telah lama dipupuk oleh orang - orang terdahaulu.

       Atas dasar inilah mana Biro telah mengambil inisiatif untuk menyegarkan dan menghidupkan kembali warisan tinggalan nenek - moyang yang selama ini menjadi nkebanggaan yang dapat menyatukan kita mengikut lunas - lunas Islam.

       Bagi tujuan ini, Biro memerlukan sumber yang dapat membantu menggerakan kembali nilai - nilai murni tersebut,terutamanya dri segi kewangan. Jawatankuasa Biro dengan sokongan padu ahli telah merancang menjalankan sewaan peralatan kenduri - kendara yang akan menjana pendapatan Biro disamping dapat meringankan beban kewangan ahli - ahli.

       Bagi melengkapkan peralatan untuk menjalankan aktiviti - aktiviti seperti yang telah dirancangkan oleh Biro ini, maka pihak jawatankuasa Biro Kebajikan Masyarakat Surau Rahmaniah telah bercadang untuk memohon dari pihak Tuan - tuan agar dapat bersama - sama menyumbangan dari segi peralatan ataupun wang ringgit untuk merealisasikan hasrat murni ini.


       Segala sumbangan yang telah diperolehi akan  digunakan dengan sebaik - baiknya demi kemaslahatan Ummah di sini. Insyaalallah...



4.    Alamat :


BIRO KEBAJIKAN MASYARAKAT SURAU  RAHMANIAH
SURAU RAHMANIAH,JALAN TROLAK,
FELDA TROLAK SELATAN,
35600 SUNGKAI, PERAK DARUL RIDZUAN.


NO.AKAUN   :  158154319859   (MAYBANK)











                                                                                                                     GOLOKEMAS6929






                         







Tiada ulasan:

Catat Ulasan