PERHATIAN;
Kepada Anak-anak Peneroka Felda Trolak Selatan yang boleh dikatakan berjaya serta mempunyai kemewahan dalam kehidupannya,tidak kiralah yang tinggal di dalam ataupun di luar Felda Trolak Selatan.Kami sebagai wakil Surau Rahmaniah Jalan Trolak amat mengharap "ANDA" semua bermurah hati memberi sumbangan sedikit sebanyak kepada kami untuk membaik pulih Surau Rahmaniah yang sedia maklum telah pun uzur keadaannya.Keperihatinan "ANDA" amat-amat kami harapkan semoga Surau Rahmaniah ini akan memberi keselesaan kepada jemaah-jemaah yang mengerjakan amal ibadat ketika berada Di Surau kita ini.Insyaallah.....
Surau Rahmaniah Jalan Trolak , Felda Trolak Selatan
Rabu, 17 April 2013
Rabu, 27 Mac 2013
AYAT PEMBATAL SIHIR DAN CARA MENGGUNAKANNYA
"Sedikit Kongsian Untuk Semua..:)
Cara Untuk Tangai Sihir..
1- Ambil Air Putih & Letakkan Di Gelas Jernih
2- Selawat 11x
3- Bismillah 3x
4- Al - Fatihah 3x
5- 3 Qul 3x
6- Ayatul Qursi ( Ayat Terakhir diulang 11x )
7- Azan Di Air Tersebut
8- Selawat 11x
Berikan Kepada Yang Dikenakan sihir Keatasnya..InsyaAllah..:)
Jumaat, 8 Februari 2013
FADILAT DI SEBALIK WUDUK
Wuduk adalah wasilah syarak terpenting untuk menghilangkan hadas kecil daripada anggota supaya seorang Muslim menjadi suci dan menunaikan perbuatan yang disyaratkan baginya taharah.
Wuduk dari segi istilah Wuduk pada istilah ialah perbuatan menggunakan air pada anggota tertentu dan ia mempunyai syarat, fardu serta sunat.
Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (pada hal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah, ayat 6)
Bukhari meriwayatkan sifat yang lengkap bagi wuduk Rasulullah SAW dengan menjelaskan fardunya, sunatnya dan fadilatnya, daripada Usamah bin Affan: Saidina Usman bin Affan telah meminta air untuk berwuduk, setelah itu beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Saidina Usman berkata: Aku pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar Baginda bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti aku berwuduk kemudian dia menunaikan solat dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan solat, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Enam fardu wuduk
Fardu wuduk ada enam iaitu niat, membasuh muka, membasuh dua tangan hingga siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kaki hingga buku lali dan tertib.
Sunat wuduk banyak dan dianjurkan melakukannya antaranya membaca bismillah pada awalnya, membasuh kedua-dua belah tapak tangan, menggunakan siwak, mencelah-celahi janggut yang lebat, menyapu seluruh kepala, menyapu kedua-dua belah telinga, membasuh sebanyak tiga kali dan mendahulukan yang kanan.
Sumber: Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie
HARI VALENTINE BERTENTANGAN SYARAK
Budaya menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan diminati untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Ada yang mengirimkan kad ucapan, hadiah, menyanyikan lagu cinta, membuat upacara tari-menari dan mengadakan acara makan malam disinari cahaya lilin.
Bertukar perasaan di taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing.
Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah”
Menurut Ken Sweiger, perkataan Valentine berasal dari bahasa Latin bermaksud ‘yang maha perkasa, yang maha kuat, dan yang maha kuasa’, digunakan pada zaman Rom Kuno kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi.
Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine? maka ia telah melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT kerana telah meminta seseorang menjadi “sang maha kuasa”. Hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali semangat budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan pandangan tokoh agama, menyambut atau meraikan Hari Valentine bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), amalan itu haram dan bertentangan ajaran Islam.
Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005, memutuskan amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan itu bercampur perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam.
Justeru, ditegaskan pengharaman dan larangan bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan yang menjadi trend zaman moden tetapi berlandaskan kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu, umat Islam diminta tidak merayakan hari berkenaan yang bertentangan ajaran Islam sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam. Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah.
Ingatlah, agama Islam tidak sesekali melarang umatnya bercinta kerana cinta adalah fitrah semula jadi manusia, namun mestilah berdasarkan hukum Islam bukannya berteraskan hawa nafsu semata-mata.
Berdasarkan pemerhatian, perkara ini berlaku kerana kualiti keimanan umat Islam yang semakin lemah dan kekaburan kita dala m menegakkan prinsip asas agama yang menjadi tunjangkehidupan seseorang Muslim.
Kita jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman. Firman Allah SWT: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisaa, ayat 119)
Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus serta tasawwur mereka mengenai sesuatu perkara menjadi jelas.
Jangan kita mengikut contoh umat jahiliah yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik saja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan di hati dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)
Sumber: Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Rabu, 30 Januari 2013
Ahad, 27 Januari 2013
Khamis, 24 Januari 2013
Sambutan Maulidur Rasul
Assalamu'alaikum....
Pihak Biro Kebajikan Masyarakat Surau Rahmaniah Jalan Trolak,..
AKAN menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul Pada 27hb.Jan 2013 bersamaan 15 Rabi'ul awal 1434 (HARI AHAD).
ANDA semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis yang mulia ini.
Isnin, 21 Januari 2013
Sabtu, 19 Januari 2013
Nabi Yang Terakhir
Filed under: Sirah Nabawiyyah
Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah Nabi yang terakhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini adalah kata sebulat suara umat Islam (ijma’). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti dipercayai (‘Aqidah). Sepotong Hadith Nabi yang bermaksud:“Aku dan Para Anbiya’ sebelumku ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata: Mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu? Maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi.”Pertautan dan hubungkait da’wah Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan da’wah para Anbiya’ terdahulu adalah bertujuan memperkuat dan memperkemas atau sebagai kesimpulan dan penutupan, sepertimana yang dapat difahamkan dan Hadith yang tersebut di atas.Ini tegas sekali bila melihat di mana da’wah para Anbiya’ seluruhnya bersendikan dua asas yang penting:1. ‘Aqidah kepercayaan2. Perundangan dan akhlaqDan segi ‘aqidah kepercayaan langsung tidak berubah sejak Nabi Adam ‘Alaihi Salam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, Nabi yang terakhir, iaitu kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Mensucikan Allah dan sifat-sifat kekurangan dan percayakan hari akhirat, hisab amalan manusia, syurga dan neraka. Tiap-tiap Nabi menyeru kaumnya kepada kepercayaan tersebut dan tiap-tiap Nabi juga menyokong dan menegaskan apa yang dibawa oleh Nabi yang terdahulu darinya. Rangkaian pengutusan para Anbiya’ sekeliannya menunjukkan kepada kita yang nabi-nabi semuanya diutus supaya menyeru manusia ke arah keimanan dengan Allah ‘Azza wajalla Yang Esa, seperti yang dinyatakan di dalam kitabNya yang bermaksud:“Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan kepadamu (wahai Muhammad), dan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah-belah atau berselisihan pada dasarnya.” (As-Syuura: 13)Malah langsung tidak tergambar kepada kita yang seruan para Anbiya’ itu akan berlainan di antara satu dengan yang lain mengenai soal ‘aqidah, sebab soal ‘aqidah adalah soal berita dan perkhabaran dan tidak akan berlainan perkhabaran dan berita dan seseorang itu sekiranya perkara itu benar. Tidak diterima oleh ‘aqal manusia bahawa Allah telah mengutus seorang Nabi mengatakan Allah itu tiga - Maha Suci Allah - kemudian diutuskan seorang Nabi lain mengatakan bahawa Allah itu Esa dan kedua-dua perkhabaran itu kemudian dianggap benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku.Ini bersangkut dengan ‘aqidah, bersangkut dengan tasyri’ (perundangan). Perundangan (ahkam) ini pula bertujuan mengatur penghidupan sesebuah masyarakat. Peribadi manusia adalah berbeda kualiti dan kuantitinya sesuai dengan pengutusan seseorang nabi itu, sebab tasyri’ itu bukanlah untuk menyampaikan perkhabaran dan berita semata-mata tetapi bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan masyarakat yang sempurna. Sudah pasti di mana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi kesan dan pengaruh-pengaruh terhadap perkembangan perundangan, kerana timbulnya undang-undang itu adalah demi maslahat dan kepentingan serta faedah manusia untuk dunia dan akhirat.Pengutusan nabi-nabi yang terdahulu adalah semata-mata untuk kaum itu sahaja, tidak merupakan pengutusan yang menyeluruh. Justeru implikasinya terhadap perundangan tasyri’ adalah nyata sekali. Umpamanya pengutusan Musa ‘Alaihi Sallam kepada Bani Israel adalah untuk bangsa dan zaman itu sahaja. Dikatakan undang-undang yang diturunkan untuk Bani Israel itu sesuai untuknya kerana undang-undang itu nyata keras dan memang sesuai dengan bangsa yang bersifat keras kepala.Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa pula adalah sederhana sedikit daripada apa yang dibawa oleh Nabi Musa tadi. Perkara ini nyata sekali kalau diperhatikan apa yang ditegaskan oleh Allah dalam kitab Al-Qur’an yang bermaksud:“Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Al-Taurah yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan kepada kamu.” (Aali ‘Imran: 50)Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa adalah membenarkan dan menegaskan apa yang dibawa oleh Al-Taurah mengenai soal ‘aqidah dan kepercayaan, dan yang bersangkut dengan hukum tasyri’ ada sedikit perubahan iaitu kelonggaran dari yang dahulu.Kesimpulan yang dapat kita ambil dan sini ialah, setiap pengutusan itu mengandungi ‘aqidah dan tasyri’. Kepercayaan dan ‘aqidah yang dibawa oleh seseorang Nabi itu fungsinya menguat dan menyokong ‘aqidah Anbiya’ yang terdahulu. Sedangkan syari’at pula fungsinya membatal dan memansuhkan syari’at para Anbiya’ dahulu dan kadangkalanya menyokong yang lama.Justeru tidak ada agama dan ‘aqidah Ilahi berbilang-bilang dan beraneka corak, sebaliknya terdapat pelbagai syari’at Ilahi yang kemudian memansuhkan yang dahulu dan yang baharu membatalkan yang lama, hinggalah sampai kepada syari’at yang terakhir disudahi dengan Nabi yang terakhir.‘Aqidah dan agama yang benar itu satu. Setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan mulai dari Adam ‘Alaihi salam hingga ke Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, semuanya menyeru manusia kepada agama yang satu iaitu agama Islam. Lantaran Islam maka diutuskan Ibrahim, Isma’il dan Ya’qub ‘Alaihim salam seperti firman Allah yang bermaksud:“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub, katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.” (Al-Baqarah: 130-132)Dengan ‘aqidah inilah juga Allah mengutus Nabi Musa kepada keturunan Israel di mana Allah telah menceritakan tentang ahli sihir Fir’aun yang telah beriman dengan Nabi Musa. Firman Allah yang bermaksud:“Mereka menjawab: Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya). Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri kepadaMu.” (Al-A’raaf: 125-126)Dengan ‘aqidah ini jugalah Tuhan mengutus ‘Isa ‘Alaihi salam, di mana Tuhan telah menceritakan tentang kaumnya yang telah beriman dengan ajaran yang dibawanya. Firman Tuhan yang bermaksud:“Maka ketika Nabi Isa merasa akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah dia: Siapakah penolong-penolongku kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Para Hawariyyuun (penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: Kamilah penolong-penolong (Utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah dan saksikanlah sesungguhnya kami ialah orang-orang yang berserah diri kepada Allah.” (Aali ’Imran: 52)Mungkin ditimbulkan pertanyaan. Kenapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut-pengikut Nabi Musa mempunyai ‘aqidah tersendiri, tidak kena-mengena dengan ‘aqidah keesaan yang dibawa oleh para Anbiya’? Dan mengapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut Nabi ‘Isa menganuti suatu ‘aqidah yang tersendiri? Sebagai jawapannya kita sarankan dalil al-Qur’an yang bermaksud:“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam, dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.” (Aali ’Imran: 19)Dan tegas Tuhan lagi dalam surah Al-Syura yang bermaksud:“Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad).” (As-Syuura: 13)Dan lagi:“Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri, dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka, dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.” (As-Syuura: 14)Para Anbiya’ diutuskan bersama-sama mereka yang Islam, agama yang diakui oleh Allah. Ahli Kitab mengetahui bahawa agama itu satu dan diutuskan Nabi-nabi untuk memberi sokongan kepada Nabi-nabi yang terdahulu.Allahu a’lam bisshawab.
- Fiqh as-Sirah, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi
GolokEmas6929
KEPUTERAAN NABI DAN PENYUSUANNYA
Filed under: Sirah Nabawiyyah
Adapun nasabnya Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam, ialah; Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib, ‘Abdul Mutalib dipanggil dengan nama Syaibah Al-Hamd bin Hashim bin ‘Abdul Manaf, nama ‘Abdul Manaf ialah Al Mughirah bin Khusai, dinamakan Zaidan bin Khilab bin Mur rah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Mu’ad bin Adnan.
Setakat itulah sahaja apa yang telah disepakati mengenai Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Adapun yang ke atas dan itu ada bersalahan pendapat, yang payah hendak dipegang. Tetapi tiada sebarang khilaf atau bersalahan pendapat mengenai Adnan itu adalah di antara anak cucu Nabi Ismail ‘alaihissalam anak kepada Ibrahim ‘alaihissalam, dan Allah telah memilihnya dan sebaik-baik kabilah dan suku, tidak pernah diresapkan sesuatu daripada kecemaran jahiliyyah kepada sesuatu dari nasabnya.Diriwayatkan oleh Muslim dengan sanadnya, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam:“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dan Kinanah, dan dipilihnya Hashim dan Quraisy dan dipilihnya saya dari Bani Hashim”.Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al-Ka’bah. Namun demikian percubaannya tadi telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana Allah Subhanahu Wata’ala telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera dan memusnahkan angkatannya itu. Kejadian ini telah diterangkan di dalam Al-Qur’an dengan jelas sekali. Mengikut pendapat yang paling hampir dengan kenyataan, Baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 haribulan Rabi’ul Awal.Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika Baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah lahir Baginda dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Muttalib yang kemudian disusukan kepada seorang perempuan dari puak Sa’d Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini adalah mengikut adat resam orang-orang ‘Arab di kala itu.Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa’d ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam ke rumah Halimah dan menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dulunya kering tandus mulai menghijau, kambing ternakan yang dahulu kelaparan kini bila kembali dan ladang ternakan kelihatan riang dan uncang-uncang susunya penuh dengan susu.Mengikut apa yang diriwayatkan oleh Muslim (salah Seorang Imam Hadith Nabi) bahawa Rasulullah telah dibedah perutnya semasa bersama Bani Sa’d. Ketika itu Baginda baru berusia lima tahun. Selepas itu dihantar kembali ke pangkuan ibunya. Bondanya telah wafat ketika Baginda berusia enam tahun. Ini membawa Baginda menjadi seorang yatim piatu. Dengan itu maka datuknya pula yang mengambil peranan mendidik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam tetapi tidak berapa lama datuknya pula berpindah ke alam baqa’. Masa itu Baginda berusia lapan tahun dan dipelihara oleh bapa saudaranya pula Abu Talib.Pengajaran Dan RenunganDengan segala apa yang berlaku di peringkat ini bolehlah kita mengambil beberapa kesimpulan pengajaran dan pengiktibaran:1. Mengenai nasab keturunan Baginda Shallallahu ‘alaihi Wasallam seperti yang telah kami jelaskan, kedapatan beberapa dalil yang jelas yang menunjukkan bahawa dalam semua bangsa manusia, bangsa ‘Arab yang telah dipilih oleh Allah, dalam semua bangsa ‘Arab, kabilah atau suku Quraisy pula dipilihnya, dalilnya itu jelas kedapatan dalam hadith riwayat Muslim seperti yang telah kami sebutkan, malah banyak lagi hadith yang sama maksudnya, antaranya ialah hadith riwayat Tirmizi:“Bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi Wasallam berdiri di atas minbar lantas berkata: “Siapakah saya ini?” Para sahabat menjawab: “Engkau utusan Allah, selamat atas engkau”. Ujar Baginda lagi: “Saya Muhammad anak Abdullah anak Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah jadikan makhluq (manusia), kemudian Ia jadikan mereka dua golongan, maka Ia jadikan saya dalam golongan mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan mereka beberapa kabilah, maka Ia jadikan dalam kabilah mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan beberapa rumah (rumahtangga) maka Ia jadikan saya dalam rumah yang paling baik, dan saya adalah orang yang paling baik di antara mereka.” (Tirmizi: J. 9. H. 236. Kitabul Muflaqib)Dan ketahuilah bahawa konsep kasih kepada Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam, ialah kasih kepada kaum yang dalam kalangan mereka lahirnya Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam, juga kasih kepada kabilah yang dalam kalangan mereka diputerakan Baginda. Ini bukan kerana fanatik kepada orang-orang bangsa itu, tetapi adalah kerana semata-mata hakikat, kerana pada hakikatnya bangsa ‘Arab Quraisy itu telah mendapat kemuliaan dan penghormatan disebabkan hubungan mereka dengan Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam, dan ini tidak boleh disangkal sama sekali.Namun demikian, tidak juga boleh dinafikan bahawa adanya keburukan pada orang-orang ‘Arab atau orang Quraisy itu kerana penyimpangan mereka dan jalan Allah Subhanahu Wata’ala atau menyeleweng dan garis-garis panduan yang telah dipilih oleh Allah untuk hamba-hambanya, kerana penyimpangan dan pemesongan dan garis panduan tersebut bererti tersingkir terputus dan hubungan dengan Rasul Shallallahu ‘alaihi Wasallam.2. Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam dilahirkan dengan keadaan yatim piatu. Sesudah itu datuknya pula meninggal. Peristiwa ini menyebabkan Rasulullah hidup di peringkat kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu, dan jagaan serta perhatian yang sewajar dari bapa. Kesemuanya ini bukan berlaku secara kebetulan sahaja tetapi segala-galanya ini adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk masa depan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan ini adalah sebahagian dan hikmat Ilahi, agar tidak sesiapa pun menaruh sangkaan buruk bahawa seruan Nabi Muhammad ini adalah dan ilham dan latihan ibunya semasa menyusu ataupun hasil dan tunjuk ajar dan bapa dan datuknya, kerana datuknya ‘Abdul Muttalib adalah manusia yang terkemuka di kalangan kaumnya, lebih-lebih lagi soal pembekalan makanan dan minuman untuk jama’ ah haji adalah di bawah kelolaan dan tanggungjawabnya.Sudah menjadi adat dan resam alam, datuk atau bapa akan menurunkan warisan kepada cucu atau anak di bawah jagaan mereka. Tetapi suratan Ilahi tidak membiarkan kesempatan kepada mereka yang engkar dan bertujuan jahat, kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam telah dibesarkan dan dipelihara jauh dan jagaan dan peliharaan ibu bapa. Demikian juga di masa Baginda masih bayi. Sebagai satu lagi hikmat Ilahi ialah Baginda telah dikirimkan ke kampung di bawah peliharaan Bani Sa’diah. Selepas datuknya meninggal dunia maka tanggungjawab memelihara terserah kepada bapa saudaranya pula, Abu Talib. (Umur ‘Abdul Mutalib pun tidak panjang buat memelihara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam). Datuknya sempat memikul tanggungjawab itu hanya buat masa tiga tahun sahaja.Sebagai kesimpulan kepada hikmat Ilahi tadi, disudahi dengan penolakan dan keengganan Abu Talib menerima dan memeluk agama Islam, agar tidak disyaki orang lagi bahawa Abu Talib sedikit sebanyak memain peranan penting dalam usaha mengasuh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam ke arah da’wahnya itu kerana semuanya ini merupakan plot perkembangan yang berjangkit antara satu sama lain, yang membawa kedudukan dalam puak kepada kedudukan di dalam kaum dan seterusnya kepada penganjuran yang lebih luas dan pangkat kedudukan yang lebih tinggi.Beginilah arus hikmat Ilahi yang mahukan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam hidup dengan keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat men jauhkan tangan-tangan yang cuba memanjanya, menjauhi wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat. Oleh itu segala-galanya tidak mendorongkan Baginda ke arah kepenganjuran, yang mana mungkin mengelirukan di antara kenabian dengan pengaruh dunia, yang akan disangka orang kelak sengaja dibuat-buat yang pertama (kenabian) demi untuk mencapai yang kedua (pengaruh).3. Mengikut apa yang diceritakan oleh ahli sirah, bahawa rumah dan perkampungan Halimah As Sa’diyyah telah dilanda kemarau yang dahsyat. Namun kedatangan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam telah merombak segala-galanya. Tanaman kembali subur menghijau, biri-biri dan unta yang kurus kering dengan hanya kulit yang melekat di tulang-tulang berubah menjadi binatang yang sihat dan gemuk berlemak.Kesemuanya ini menunjukkan kedudukan martabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam di sisi Allah semasa Baginda masih bayi lagi. Sebagai contoh penganugerahan Ilahi yang nyata kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam ialah pengurniaan dan limpahan rahmat kepada Halimah As Sa’diyyah yang telah memelihara Baginda. Ini tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik dan ganjil. Tidakkah pernah kita meminta supaya Tuhan menurunkan hujan di musim kemarau dengan berkat para salihin dan berkat keluarga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, agar do’a dan permintaan kita itu dikabulkan Tuhan? Maka bagaimana pula kalau satu tempat itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam sendiri berada di dalamnya, perkampungan tadi sudah sewajarnya menerima ganjaran dan rahmat Ilahi yang telah sanggup menerima, memelihara dan menyusu Rasulullah. Kehijauan rumput dan tanah menyubur adalah berkat Baginda yang lebih berkesan daripada hujan.Kalaulah sebab-musabab itu di tangan Tuhan, maka sudah sewajarnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam mendahului segala sebab-musabab dan limpah kumiaNya. Lebih jelas lagi Rasulullah ini adalah rahmat Allah untuk manusia sejagat. Tegasnya Allah sendiri telah menyebut di dalam Al-Qur’an yang bermaksud:“Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk ‘alam sejagat”. (Al-Anbiya’: 107)4. Peristiwa pembedahan perut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam semasa Baginda tinggal bersama Halimah As-Sa’diyyah merupakan salah satu tanda kenabian dan tanda pemiihan Tuhan terhadapnya untuk sesuatu yang mulia. Peristiwa ini telah diperihalkan dengan betul dan benar melalui beberapa orang sahabat. Antaranya Anas bin Malik radhiallahu ‘anh. Perihalnya terdapat dalam kitab Hadith Muslim yang bermaksud:“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam telah didatangi Jibril ketika Baginda sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibril ‘alaihi salam telah merebahkan dan membelah betul-betul dengan hati dan mengeluarkannya. Kemudian dikeluarkan seketul darah sambil berkata, inilah sasaran syaitan ke hati engkau. Lepas itu dibasuhnya di dalam tas dan emas dengan air zam-zam, barulah dimasukkah semula ke tempat asalnya dan kanak-kanak yang lain berkejaran la menemul ibu penyusunya Halimah melaung laung; Muhammad telah dibunuh dan mereka semua meluru ke arab Nabi Muhammad dan didapati pucat lesu.”Hikmat llahi di sini bukanlah membuang buli-buli kejahatan. Allah sahaja yang lebih mengetahui dan tubuh badan Rasulullah kerana kalaulah di sana terdapat buli-buli kejahatan yang merupakan sumber kejahatan maka sudah tentu boleh dirubah manusia jahat menjadi baik dengan cara pembedahan. Tetapi hikmat Ilahi yang jelas di sini ialah mengiklan dan mengisytiharkan kerasulan Baginda dan menjadikannya ma’sum dan mempersiapkan Baginda untuk menerima wahyu dan kecil lagi dengan cara yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana dengai jalan ini membawa orang percaya dan beriman dengan risalah pengutusannya dengan mudah. Pembedahan tadi adalah pembersihan rohani dengan suatu cara yang boleh dinampakkan oleh pancaindera supaya ini menjadi canang Ilahi kepada manusia seluruhnya dengan boleh dilihat dan didengar.Sebab yang membawa kita percayakan peristiwa pembedahan ialah kerana kebenaran dan sahnya cerita ini. Kalaulah perkara ini sudah jelas bak di tengahari maka tidak ada sebab-sebab yang boleh kita larikan dan kebenarannya. Tetapi bagi mereka yang lemah iman kepada Tuhan, perkara ini membawa kepada kelemahan iman mereka terhadap kenabian dan kerasulan Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Orang yang seperti ini tidak ada bezanya sama ada mereka mengetahui atau tidak akan hikmat-hikmat Ilahi dan sebab-sebabnya.
Allahu a’lam bisshawab.
- Fiqh as-Sirah, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi
GolokEmas6929
Sabtu, 12 Januari 2013
Surau Rahmaniah Jalan Trolak , Felda Trolak Selatan: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Surau Rahmaniah Jalan Trolak , Felda Trolak Selatan: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL: Biro Kebajikan Masyarakat Surau Rahmaniah Felda Tolak Selatan akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada 27HB.JANUARY 2013 Bersam...
Surau Rahmaniah Jalan Trolak , Felda Trolak Selatan: Aktiviti - aktiviti bulan Januari 2013
Surau Rahmaniah Jalan Trolak , Felda Trolak Selatan: Aktiviti - aktiviti bulan Januari 2013: JADUAL AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN SEPANJANG BULAN JANUARI DI SURAU RAHMANIAH JALAN TROLAK : 1. BACAAN SURAH YASSIN PADA SETIAP MAL...
Khamis, 10 Januari 2013
Aktiviti - aktiviti bulan Januari 2013
JADUAL AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN SEPANJANG BULAN JANUARI DI SURAU RAHMANIAH JALAN TROLAK :
1. BACAAN SURAH YASSIN PADA SETIAP MALAM JUMAAT.
2. 12 HB. JAN. 2013 - MESYUARAT AGUNG SURAU / PERLANTIKAN AJK BAHARU.
3. 19 HB. JAN. 2013 - KULIAH AGAMA DARI USTAZ ZAINAL.
-TAJUK : AHLI SUNAH WAL JAMAAH.
4. 24 HB. JAN. 2013 - PEMBARISAN MAULIDUR RASUL DI MASJID JAMEK FELDA TROLAK SELATAN.
5. 27 HB. JAN. 2013 - CERAMAH AGAMA SEMPENA MENYAMBUT MAULIDUR RASUL OLEH USTAZ ZAINURIN BIN HJ. ISMAIL DARI PEJABAT FELDA WILAYAH TROLAK.
HADIS NABI
Allah berfirman di dalam Al Quran:
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Biro Kebajikan Masyarakat Surau Rahmaniah Felda Tolak Selatan akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada 27HB.JANUARY 2013 Bersamaan dengan 15 RABIUL AWAL 1413H. Pihak Biro amat menharapkan apa sahaja sumbangan,terutama wang ringgit dari orang ramai untuk menjayakan majlis ini.Sumbangan ini bolehlah dibuat dengan menghubungi saudara Husaimi Bin Husin (019-5495400),ataupun Bank in terus ke akaun MAYBANK (158154319859).
SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI OLEH SEMUA AHLI BIRO KEBAJIKAN MASYARAKAT JALAN TROLAK.FELDA TROLAK SELATAN.
SEKIAN,TERIMA KASIH.
Langgan:
Catatan (Atom)